Monday, 27 May 2013

Camping :)

Assalamualaikum  !

So , saya dah balik ! :D :D
Yipee ! Budak SEMESRA balik hari Khamis, budak PBSM balik semalam . Oh godd. :/ Okay. So, apa-apa pun aku dah balik. Kitorang balik semalam sebab pergi camping PBSM. Form 1 sampai Form 5 kecuali form 3. Sebab PMR mungkin.

Anyway,kitorang pergi hari Rabu. And you know what? Hari rabu tu ada sambutan Hari Guru ! Sedih tak dapat tengok. :( Takpelah, dapat jugak pengalaman pergi camping memandangkan seumur hidup aku tak pernah merasa camping. Ahaks. What a saddddd life.

Camping is bolehlah tahan awesome. Kitorang camping kat Putrajaya sempena Festival Belia. Tahu kan? Memang best except tiga aspek yang aku menyampah.

First, Mandi. Tandas disediakan. But the thing is, Tandas dia macam playground tahu tak? Tak tahu nak guna camne. The, terpaksa laa pergi masjid yang aku rasa 3 km dari tempat perkhemahan. Urghh ==' Selama 5 hari 4 malam aku dan geng SEMESRA berulang alik untuk mandi 2 kali.

Second, Solat. Kat sana tak sediakan tempat solat. So, apa lagi kan, MASJID lah destinasi solat kitorang. Sehari 5 kali berulang alik dari masjid sejauh 3km. Tapi tabahkan hati sebab selangkah ke masjid dapat pahala. Tapi tak ingat berapa ^^' . So, pasrah je laa.

And third, sang suria yang memancar terik . -.- Muka aku dah macam orang minyak tahu? Huhuhu :'( Sobbing. tapi ada pulak kan pergi camping hasilnya kulit semakin cerah, betul tak? :D

Pergi sana baru kenal beberapa. Hazwan a.k.a Annoying . Grr. Dia form 4. Mukanya sangat mintak penampor. *macam muka aku tak aje. Ahaks.* Dia okay, gentlemen tapi annoying gilaa ! dia cakap aku muka aku macam cikgu sape tah nama dia. :/ Pastu aku ingat lagi. Aku tanya dia "Dah boleh gerak ke?" Since masa tu penutupan camping dah habis. pastu semua orang macam dah ghaib. Tinggal aku ngan Kak Anis . Tahu dia buat apa? Dia gerakkan tangan sambil buat muka annoying. Boleh bayangkan tak? Fed up siot ngan dia. Dah le satu grup ngan dia. Nasib baik dia boleh bagi kerjasama. Fuhh.

Yang paling best, Pertandingan simulasi bencana. Dia macam satu scene bencana tau. Aku jadi hospital medan . Nasiblah sape jadi mangsa. Dia kena cat ngan sirap lah kot bagai bagi nampak real. Alhamdulillah. Lagipun best jadi hospital medan. Balut-balut orang. Masalah ea aku tak balut walau seorang pun. V^_^V. Bukan pemalas, tapi takde pun. Orang kampung membuat aku menyighap gila. Orang kampung tugas dia menghuru harakan keadaan. Diorang ni KONONNYA ahli keluarga mangsa lah. And they make the mangsa worse , u know? grrr ==' habis terbukak balutan yang kitorang *kitorang lah sangat kan?* buat. Kerja aku buat camp bed ngan bebudak ni. Dari simulasi tu aku dapat nilai kerjasama. Perempuan ngan lelaki pun coperate dengan baik. Aku pun. Dengan Annoying. lipat campbed tu. Hikhok. Tapi grup kitorang tak menang . Sokay. Tak kisah sangat. janji dapat nilai-nilai murni . :D

Dalam bas kompem tido an? pastu terbangun dah tak terasa nak tidur dah :D Sampai pukul 7.30 kau ~

balik singgah beli Burger Bakar then sampai rumah. Balik rumah cari peti ais. Dah macam apa dah aku. yelah. dah sebulan rasanya tak balik rumah. Qasih pun dah tak ingat aku mula-mula. Sobsob *lap hingus.eww* Dia bunting lagi. Yeay ! Cinta dah ada adik. Sumpah cinta comel gila ! dah besar dia tu. Awwww :)

Homework ada 3 ; geo nota, BM kena cari kat internet tiga karangan then print dengan Buat kapal selam. Sikitnya~  Ahaks. Fighting Echot !

Okaylah. Setakat ini sahaja. Tata !