Wednesday, 18 December 2013

Heh Tak Dengar Cakap Betul ! :(

Assalamualaikum guys !

Such a looooooong time no see ekk ? :/

Meh. Actually i wanted to update the blog like a couple weeks ago. Tapiiii , ihiks malas and tak tahu nak update apa . How boring is my holiday. :(

However, harini aku nak cerita pasal Kepam and Comot yang tak dengar cakap.

The story begins ...

Pada suat hari yang membosankan, aku tengah tengok tv time tu. Then , mak mengganggu kosentrasi ku yang tengah do syok tengok movie ape tah. Mak keluar bilik , holding he tab and show me so a website.I mean , this website ->

http://rogyhsuparman.blogspot.com/2010/11/cara-nak-ajar-kucing-berak.html

Nampak kan link di atas ? Cara nak ajar kucing buang air besar ataupun lebih tepat dan sedap dsebut , BERAK. Okay gross. Nevermind.

Actually mak tahan tengok tahi makhluk tiga ekor tu asyik membuang hajat mereka di rumput yang hijau nan indah itu. Lagipun , koliang yang potong rumput monthly kat rumah tu dah pernah marah (amboi dia ingat dia siapa? Marah ni . :/) Tapi patut jugak actually sebab taik diorang panas , menyebabkan rumput tu mati. Diorang ingat taik diorang tu taik ayam ? *sigh*

So, back to the story , mak tunjuk kat aku caranya. Oh siapa yang ada kucing , bolehlah try petua ini ye ?

Korang ambik lidi , ukur lidi tu sama panjang nganekorbahan uji kaji kita iaitu kucing ofc. Pastu patahkan lidi tersebut. pastu bawak lidi tu plus kucing tu kat tempat yang korang nak dia berak. Kalau aku , aku letak kat tepi longkang dekat ngan paip. Konon senang nak siram and problem solved.Pastu cakap baik-baik ngan kucing tu " Papam (cth nama kuchengg), nanti kau berak ke , kencing ke muntah *pulokss* ke , kat sini ya ?" pastu blablabla. Then korang kena percaya kat dia . Insyaallah , berkesan ah cara ni.

But in my story , Tak jadi pun ! *hentak meja* Aku dah cakap dengan penuh kelembutan dan kesayuan *ceh* " Papam , nanti papam berak kencing kat sini eh ? Nanti senang kita nak basuh ." Cenggitu. Pastu harini aku tengok kat tempat eksperimen. Takde pun taiknya ? mana pi ? Tengok - tengok kat rumput lkagi9. Dua pulokss tu . Tak gunaaa ! Tapi sabar je la. Nak kata aku tak caye nagn diorang , aku percaya kut ._.

Hmm. Takpe la. Nak buat cemana? Anyway , aku teringin kalau kucing berak kat toilet pastu flush sendiri. How great it'll be ! Takyah susah nak beli pasir tidy cats ka , takyah nak menahan bau umpphhyang dikeluarkan oleh makhluk tu . heeee.

Okay bye. Assalamualaikum


                          Uhuks . Comel enn saya ?

Friday, 25 October 2013

Bahasa Melayu C ? !

Assalamualaikum !

Alhamdulillah ! Exam dah habis *tepuk tangan bayak-banyak* . Fuhhh ! Akhirnya tiba juga saat itu. Ewah. But , sekaang dok dubdab dubdab pulak nak dapa result. Durrh. Buat masa ni aku dah dapat 4 subjek.

Geo. Dapat first sekali. Alhamdulillah aku dapat 94 . Sangat bersyukur. Thankyou Allah :) Pastu Cikgu Milah bagi tupperware isi gul-gula. Heee. Berbaloi gak aku beljar gila serius. ahakss. :D

Agama. Yang ni aku memang ak expect aku dapat A since ustazah sendiri kata aku B. Tapi time tu aku tak sedih pun. Aku happy gila kut. Sebab ? Aku tak baca sangat pun subjek agama. Hihiii. Semua hantam kbkk je lah kan. Alhamdulillah. I've got another A in the exam :3

Okay. Setakat ni , Maths aku yang paling teruk . Yang A la. Dapat 80. Cukup-ukup makan aje Huhu... Tapi , kali ni serius 13 orang je dapat a. Yang lain banyak c. D pun ada gak. Sumpah aku takut cikgu Saras marah. Lagi teruk kalau dia terasa hati ngan kitorang. Sia-sia aje ajar setahun, ni je yang kitorang dapat. Uhuhu. Teacher !!!!!! :'(

Okay. Here is it. BM aku dapat C ! Omaigaddddddddddddddddddddddddd. Huhu.. Seriously kecewa. Sampai nanes aku tahu ? Actually bukan apa. Aku dapat C sebab aku tertinggal karangan ringkasan ^^' Jemuahaha. Leopasni nak buat spec le. grr. Tapi, cikgu Saljie yang comel lagi baik hati tu bagi aku dapat B. Ohyeah ! You're cool ! Macam salji ! Hehe. Tapi cikgu tak gitau berapa aku dapat. Lagipun cikgu cakap " Markah dah okey tapi tiba-tiba tak buat pulak. Takkanlah memang takde idea." yipee ! So I got B in bm. Cakap ngan mak. Dia cakap "kau ni orang melayu ke keling. " Hehehe. Peace o war :)

Kaylah, haritu dah berjimba. Like i sayyy..  Makan maggi! Wee ! Kay bye.

Friday, 11 October 2013

The Pathetic Examination :/

Assalamualaikum guys ! It's been a long time i never see ya all kan ? Ahok. Kinda missing this blog. Oh ! Baru balik petang tadi . Dari pukul 3.40 sampai 5.45 Gaya macam dari N.Sembilan pergi Selangor je . Padahal dari rembau nak ke ttj je pun. Sekangkang gajah aje pun. *agaknyelah*

So, sekolah kitorang ada final exam untuk lowerform. Except form 3 . PMR. Kitorang exam hari rabu. Pmr habis Selasa, Kitorang exam esoknya. Berjimba habis Kak Zihan and kak Wan dalam dorm. Masing-masing tatang maggi ngan bubur panas-panas masuk dorm. Bau nya ~ menggugat keimanan ! Memiikirkan esok tu nak pekse, tahan je laa. T_T *Sobbing*

Nak dijadikan cerita *ewah* Seminggu sebelum exam tu kitorang , budak 1Einstein semua pulun Geografi. The reason is , Cikgu Milah cerita kat kitorang yang cikgu Shai tengok kertas exam yang dia buat. Then dia kata susah. Bila budak dengar CIKGU yang cakap susah , apatah lagi la budak kan ? So, Kitorang belajar la pulun habis. Hafal semua ciri saliran bagai. Sampai exam geo, Masing-masing muka cuak tahap babun ah ! Ye le .. Takut soalan kuar yang MANTAP MANTAP !

Sekali , dah buat tu , eh menyighap gilos ! Takde satu pun soalan pasal Pola Saliran And what-so-ever-  ! Senang aje ! kitorang macam Eeiyai cikgu ni ! Tapi bila difikirkan balik, mungkin sebab dah asyik belajatr geo aje , mungkin tu yang jadi senang kut . Kut lah ~

And ya want to know what is more pathetic? Exam lain kitorang AGAK hancus. Or lebih tepat AKU yang hancus ! Huwaaa ! PAI banyak yang aku hentam and ada yang aku skip ! Tidaaaaaaaaaakkk !And aku paling takut kalau result exam PAI ni masuk PBS Band 6. Like Omaigaddddddddd! no ! Please no ! Uhuuuu... Tawakkal ajelah. Tapi serious banyak gila KBKK. Ahok.

So, dah dapat pengajaran. Like my mother said, tumpukan perhatian 100% kat SEMUA pelajaran. Baru mantapo kan ~ Ahakakaka.

Kbye. Assalamualaikum. Spread the salam :)

Monday, 5 August 2013

Syawal disambut , Ramadhan ditangis ~

Assalamualaikum le fellas ! :)

God , tajuk tak menahan giiloss ! Takdelah, actually nak shortformkan... Nak gitau lah yang aku sedih puasa dah nak dekat habis and raya dah nak datang.. Centu lah ! :D

Hihi.

Hmm... I'm kinda sad lah jugak puasa dah nak habis. Teringat sahur kat dorm.Ihiks. Malas nak turun dm lah kata kan~  Kat asrama sahur simple-simple aje. Biskut, air kotak.. Kalau dah habis stok , minum air kosong aje lahh..  Tapi kalau sahur rumah, macam-macam ! Nasi + lauk pauk , tambah dessert + air milo panas pulak ! Memang heaven habis !:D

Pastu teringat pulak berbuka .. Punya sedap makanan brbuka kat DM tu.. Yang paling aku nyighap tu , time nak pergi bazaar.. Cett, Form 1 pergi bazaar sekali aje. Dan aku tak pergi lagi T_T Huhu. Form 1 pergi minggu kedua . Nasib baik aku kirim kat Nab time dia pergi bazaar masa form 1 pergi tu. Kalau tak, tak merasa aku makanan kat bazaar . :(  Baru nak jenjalan ngan Era + Amira Zamros shopping makanan, then cikgu Azman tak kasi pergi masa last week tu *ilebiucikguazman* Sadd.

Then teringat pulak time solat Terawih. Fuhh ! Lepas solat terawih 8 rakaat + 3 rakaat  = 11 rakaat , bukak telekung, basah giloss baju den ! Bahagian perempuan , lepas imam bagi salam kanan-kiri, 70 % daripada perempuan semua buka telekung , betulkan tudung. Ahahah. Termasuk aku lah kan ? V^_^V Jiheeeeee

Hmmm... Raya ! Aku selalunya excited pasal raya ni ada 3 sebab :

1) Baju raya ! Wahh ! Ini semestinya right ?  Selalunya family aku ada 2 baju aje. Baju kurung dengan baju kasual *baju kasual kau.. meletop !* Ahahah.  Tapi tahun ni kitorang ada tiga ! Baju kurung , baju kasual and ... Jubah ! Hihik. Mak tahun ni bermurah hati pulak nak sponsor kami tiga beradik jubah kan ? Takkan nak tolak pulak ! So, jubah aku dah beli hari tu ! Perfect ! :D

2) Duit raya . Budak-budak ribena macam aku ni memang ternani-nantikan time Hari Raya ! Selalu kalau lepas seminggu raya tu, duit dalam dompet memang berkepuk-kepuk ! Dompet pun tebal aje sampai tak muat masuk poket seluar ! Haha ! nak pulak pergi rumah orang kaya , duit dalam sampul tu pun masyuk lah kan ?
Tapi time tak berapa nak masyuk tu... Mak suruh bagi kat dia 50% ehehe. Actually bagus jugak. Untuk kegunaan masa depan kan~

3)Food ! Yeay! So, tahun ni balik kampung sebelah abah. Yeay ! Dapat makan lontong nenek yang menjilat kaki *over* dengan rendang ! Walaupun mak seorang pakar membuat ketupat palas, tapi aku memang tak suka ketupat. Lemang pun kureng. Yang lain, aku telan. Nasi himpit+ kuah kacang = Va Va Voom ! Pastu kuih raya. My paling favourite kuih is Semperit ! Nyum ! Chip chocolate pun sedap jugak kan? Aduhai ! Balik SEMESRA semua dah tak kenal aku kang . Mega sangat ! :D

Ahaha. Tak sabar gilos nak raya ni. But aku balik kg lima hari aje. Tu pun dah cukup. Ada yang sampai dua minggu tu raya aje ! Hehe. Yep, sebelum aku terlupa , aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidlfitri kepada followers dan yang tengah baca entri ni. Maafkan aku kalau ada terkasar bahasa atau ada yang terasa ke.. Yang terover ke *memang over pun* Okay ? Kosong- kosong key?

Assalamualaikum and Selamat berhari raya  uolls !


Friday, 12 July 2013

Fasting In SEMESRA

Assalamualaikum guys ~

Okay, saya , Aisyah Affendi di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarrak. *cehh gitu* Maaflah bau nak wish harini.Ye le.Start puasa Hari Rabu. Yang aku pulak kat SEMESRA kan? So wish je lah harini. Takyah lah nak mengada sangat nak on time wish tu. *uiks*
Hikhik.
 Anyway, aku nak story lah sikit pasal puasa kat asrama bagi aku di SEMESRA. Hmm... AKu sayang DM waktu buka puasa ! :D . Ingatlagi first puasa haritu. Ikan, udang and ayam ada. Masyuk siot! Kenyang habis arr. Then ada samosa pulak. Heaven on Earth *pulak*  Kuikui.
Tapi yang aku kurang gemar time sahur nya tu. Rabu makan nasi goreng lauk telur hancur , Second day pun sama. And harini pun makan nasi goreng lauk telur hancur. Imma like ~ Seriously ? Tu je ke yang dia mampu masak?  Fine. Memang lahkena bersyukur je ngan makanan apa yang dfapat, masalahnya, kalau hari-hari makan nasi goreng lauk telur hancur tiap-tiap hari, tak muak ke cik DM oi ?
Okay Whaerever. Pasrah je la. Tapi kalau minggu depan pun nasi goreng dengan berlakkan teluq hancuq, taknak sahur DM dah *protes nih !* Macam lah cik DMtu kesah an Kahkihkuhkehkoh.
Tarawih kat sini 8 rakaat. Tu pun terasa lama . Tapi best lah.
Gosh ! Takdde banyak sagat lah nak cerita. Maybe tu jekut.Maag guys tak dapat bebel panjang-panjang. Idea kontang. :/

Assalamualaikum. Tak jawab dosa , kalau jawab sayang ~

Monday, 27 May 2013

Camping :)

Assalamualaikum  !

So , saya dah balik ! :D :D
Yipee ! Budak SEMESRA balik hari Khamis, budak PBSM balik semalam . Oh godd. :/ Okay. So, apa-apa pun aku dah balik. Kitorang balik semalam sebab pergi camping PBSM. Form 1 sampai Form 5 kecuali form 3. Sebab PMR mungkin.

Anyway,kitorang pergi hari Rabu. And you know what? Hari rabu tu ada sambutan Hari Guru ! Sedih tak dapat tengok. :( Takpelah, dapat jugak pengalaman pergi camping memandangkan seumur hidup aku tak pernah merasa camping. Ahaks. What a saddddd life.

Camping is bolehlah tahan awesome. Kitorang camping kat Putrajaya sempena Festival Belia. Tahu kan? Memang best except tiga aspek yang aku menyampah.

First, Mandi. Tandas disediakan. But the thing is, Tandas dia macam playground tahu tak? Tak tahu nak guna camne. The, terpaksa laa pergi masjid yang aku rasa 3 km dari tempat perkhemahan. Urghh ==' Selama 5 hari 4 malam aku dan geng SEMESRA berulang alik untuk mandi 2 kali.

Second, Solat. Kat sana tak sediakan tempat solat. So, apa lagi kan, MASJID lah destinasi solat kitorang. Sehari 5 kali berulang alik dari masjid sejauh 3km. Tapi tabahkan hati sebab selangkah ke masjid dapat pahala. Tapi tak ingat berapa ^^' . So, pasrah je laa.

And third, sang suria yang memancar terik . -.- Muka aku dah macam orang minyak tahu? Huhuhu :'( Sobbing. tapi ada pulak kan pergi camping hasilnya kulit semakin cerah, betul tak? :D

Pergi sana baru kenal beberapa. Hazwan a.k.a Annoying . Grr. Dia form 4. Mukanya sangat mintak penampor. *macam muka aku tak aje. Ahaks.* Dia okay, gentlemen tapi annoying gilaa ! dia cakap aku muka aku macam cikgu sape tah nama dia. :/ Pastu aku ingat lagi. Aku tanya dia "Dah boleh gerak ke?" Since masa tu penutupan camping dah habis. pastu semua orang macam dah ghaib. Tinggal aku ngan Kak Anis . Tahu dia buat apa? Dia gerakkan tangan sambil buat muka annoying. Boleh bayangkan tak? Fed up siot ngan dia. Dah le satu grup ngan dia. Nasib baik dia boleh bagi kerjasama. Fuhh.

Yang paling best, Pertandingan simulasi bencana. Dia macam satu scene bencana tau. Aku jadi hospital medan . Nasiblah sape jadi mangsa. Dia kena cat ngan sirap lah kot bagai bagi nampak real. Alhamdulillah. Lagipun best jadi hospital medan. Balut-balut orang. Masalah ea aku tak balut walau seorang pun. V^_^V. Bukan pemalas, tapi takde pun. Orang kampung membuat aku menyighap gila. Orang kampung tugas dia menghuru harakan keadaan. Diorang ni KONONNYA ahli keluarga mangsa lah. And they make the mangsa worse , u know? grrr ==' habis terbukak balutan yang kitorang *kitorang lah sangat kan?* buat. Kerja aku buat camp bed ngan bebudak ni. Dari simulasi tu aku dapat nilai kerjasama. Perempuan ngan lelaki pun coperate dengan baik. Aku pun. Dengan Annoying. lipat campbed tu. Hikhok. Tapi grup kitorang tak menang . Sokay. Tak kisah sangat. janji dapat nilai-nilai murni . :D

Dalam bas kompem tido an? pastu terbangun dah tak terasa nak tidur dah :D Sampai pukul 7.30 kau ~

balik singgah beli Burger Bakar then sampai rumah. Balik rumah cari peti ais. Dah macam apa dah aku. yelah. dah sebulan rasanya tak balik rumah. Qasih pun dah tak ingat aku mula-mula. Sobsob *lap hingus.eww* Dia bunting lagi. Yeay ! Cinta dah ada adik. Sumpah cinta comel gila ! dah besar dia tu. Awwww :)

Homework ada 3 ; geo nota, BM kena cari kat internet tiga karangan then print dengan Buat kapal selam. Sikitnya~  Ahaks. Fighting Echot !

Okaylah. Setakat ini sahaja. Tata !

Friday, 26 April 2013

The New Students

Assalamualaikum !

Dan ya, ana sudah pulang ! Ana rasa sungguh gembira laa. Dapat balik laa. Dapat jumpa family ana laa. *slap me* . Jihijihoks. XD. Actually i have no idea what i'm going to share with all of you. There's zero interesting STORIES. maap. :( Oh yeah, 1 Einstein just got two students ! A boy and a girl. The girl named Nadia Afrina. Sekolah lama dia SMK Senawang hokey? kau hade? ! pastu beliau anak cikgu pulak tu. Anak cikgu Rozita. *tak kenal sebenarnya* Ye le, mak aku pun ngajar situ an? *capap* And you know what, Mak Nadia tu boleh detect aku ni anak sape. "Ni anak cikgu Nazriyah kan?" kata beliau lepas aku cakap mak aku pun ngajar situ. Melalui? Melalui apa lagi? Mulut laa ! Dagu ke depan. :D cett ckigu Rozita ==' but i'm proud with who i am. :D dia okay. But first-first tu, we, 1 Einstein thought that she was arrogant. she's not actually. She's okay. And nak tahu tak? Dia kelas 1 A. same like nanie saya ! Aku tanya dia kenal nanie tak, dia kata kenal. mesti laa kan? ^^'

Tapi yang boy baru tu, namanya Azri. He's SUPER DUPER arrogant! Rasa nak tampor2 je muka dia yang macam rabbit tu. *tapi dia tak jongang tau* He's cute tapi mulut ! ==" Cikgu tengah buat lawak, kitorang gelak. Time dia je, muka serious. I know, it's not my business. Tapi takleh gak sebab dia duduk depan aku, so, memang akan terpandang atau pandang dia? Ini bukan gatal ye? it's the truth. Pastu yang kurang asam gelugornya tu, time tu, aku buat art untuk KH aku. nak jadi cover buku nota aku. Tanya pendapat Apek, Amira, dan Afif, katanya lawa. *heeheee* . Pastu amira yang bermulut becok+ ikut suka hati dia je nak cakap apa tu tanya si Azri a.k.a Rabbit "lawa tak" dia dengan selamba badak berbekalkan muka yang sombong tu menoleh dan berkata "Tak." dan menyambung aktiviti membuat kerja sekolah. Grr. Sabarlah, duhai hati ~Tapi kan, selama 4 bulan yang lepas, dia tak pergi sekolah. Semua tercengang je bila dia cakap cenggitu. Dia kata mak dia yakin dia masuk asrama. caner kalau tak masuk? kan? Alhamdulillah masuk walaupun dah lambat kan? tapi memang banyak yang dia miss. dengan PBS lagi? dengan math nya. Dah la kitorang dah buat sampai algebra dah. Dia FSTB , GSTK dan seumpamanya tak belajar lagi. Poor rabbit ~

Jiahaha. Okay. That's that i wanna share to you. Sorry entri kali ni banyak BI nya. Bukan lupa daratn, I just want to improve my English . K bye. Assalamualaikum. :*

Thursday, 28 March 2013

K to the L to the KL XD

Hey hey there ! :D

Apa khabar korang? Sihat? Hikhik.

hari ni kan, aku happy ~ Sebab? Aku pi KL ! Asyik pi KL ja. takdak tempat lain ka? eh ! Sukati kita la ! yang awak nak sibuk - sibuk tu dah kenapa? :(

Okay. sambung citer balik. :D Maaf emo. :D The reason kitorang pi KL adalah, sebab kami nak pi beli kain for the baju kurung for Hari Raya ! hakhak ! Sebabnnya, mak nak pi hantaq buat kain kat Achik tukang jahit nya~ ni pun dah kira lambat. nanti dia dah tak terima tempahan lagi. :(

So, the theme for THIS year is ................................... Green ! Wee ! semangat JoPa tak? hakhak. Tapi betui pa. sebelum ni manada lagi baju kurung kaler hijo. So, this year la ! :3

Heehee. kitorang pergi KL  lima orang ; Me , Mak , Along , PiNgoi and Maklong :') She came to our house last Wednesday . Aku beli kain kaler turquouise kehijauan (baju) and kainnya kaler turquouise pekat :) Cuma, aku agak lari dari theme :D diorang semua hijau daun + hijau pekat. Aku? Turquouise titibe. What do I care ? :P

kami pi naik komuter :D bangga ah ? Takdelaaaaa. Just nak bagi informasi ~ :D
Jyeah ! atas komuter ! Akak aku cakap muka aku macam nak berak. How could she ? ;'(

Ek? Sayang gigi tak lawa :'(

Keling tu pun snap gambaq jugak. Say Cheese ! :D

Syok sendighi :3 hewhew

heh heh. Excited kan ? kan?

Okaylah. bye. Assalamualaikum. maaf cause entri ni ada banyak ayat Utara. Maklong datang sini, teruih jadi oghang utara aih~ 





Sunday, 24 March 2013

Morib :D

Hey guys ! Assalamualaikum !

Today, I wanna share a story to all of you *cehh gitu*

Huahuahua. Just nak share pasal semalam... Aku pergi holiday kat Morib ! Nak tau tak? Ayah aku memendam rasa nak pi sana sampai 35 tahun y'alls ! Mak den cerita, ayah aku selalu request kat atok aku nak pi Morib. Tapi Atok aku buat derk je. Poor Abah ~ :(

Then, 35 years later, dah ada anak tiga GODANG-GODANG, barulah dapek gi Morib tu hah. Muahahaks. Actually, kat situ takde pape pun sangat.. Tempat shopping pun takdak. And kitorang pergi cuti buat aktiviti kat dalam hotel tu aje. Nyehnyeh~

Aktiviti 1 : Lepas kitorang check in, letak beg dalam bilik and seumpama dengannya, kitorang tukar baju                          
                 for.... For what? For SWIMMING ! Weuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Seronok habis                      
                 doh~ 6 tahun aku tak swimming! Tak ke lama tu ? dari 6 tahun tu~  Punyalah sakan kitorang
                 berenang! sampai mata pun jadi kaler kelabu. Blur punya pasal~  

Aktiviti 2 : Dah berenang, pergi gim . Ahaks ! :D Yang aku agak tak puas hati tu, Treadmill dia ! tak
                 berfungsi ! ngekngok betul! Actually, semua 'mainan' dalam gim tu semua tak berfungsi. Yang
                 berfungsi hanyalah certain. (Yang takyah pakai letrik tu). And akak aku cakap, diorang just letak
                 'mainan-mainan' tu so it LOOKS like a gimnasium. Aku pun rasa camtu gak. Hewhew.      

Pastu, kitorang lapar. pergilah makan kat restaurant dia. Makan sandwich ngan french fries.. Thumbs Up! sedap!

Malamnya pulak, kitorang makan kat Pantai morib. Kitorang makan kat Restoran Bulat. Haha. Actually nama kodai tu Lina Seafood, tapi kitoghang panggil restoran tu Restoran bulat cause budak yang BULAT jadi waiter kitorang. jiahaha.

makanannya takdelaa sedap mana pun~ tapi Coconut shake dia A.W.E.S.O.M.E !!!!!! Sedap gila.. Sampai abah punya yang tak habis aku pi bungkus, minum kat bilik. Hikhoks !

Esoknya, iaitu harini *eksaited tak aku nak tulis?* Lepas breakfast, pi berenang balik puas-puas. lepas ni takdak dah :(

Then, balik. Boring kan? kan?

Okay, tu ajelah saya nak share . Thanks for reading ! :*

Friday, 15 March 2013

The Happy Day :)

Assalamualaikum korang :D

Fuh ! baru balik dari sekolah rendah tadi. Ambik duit PIBG bagi untuk budak-budak 5A. Weeha! That's the only reason aku ambik cuti minggu ni. Wakakaka. :D

Best sangat ! Dapat jumpa cikgu-cikgu lama . Cikgu Rozi ! :D Then dapat jumpa 5Sekawan tapi minus sorang. Chikon. Dia tak datang. Sekolah. Tapi Iqa datang je :/ Entah laa.

It's so fun ! Dah lama tak jumpa diorang ! Yang paling lama aku tak jumpa and tak dapat contact adalah Iqa ! Rindu gila babun la! Banyak yang berubah. Nanie semakin tembam and comel ! Siyes ! Pipi dia~ Rasa nak cubit-cubit aje ! Iqah pulak, gelap sikit. Kawad budak tu bhai~ Hikhok. Aku ngan Ecah sama aje. Comel. *eh?*

Lelaki ramai dah tinggi. Lagi tinggi daripada kitorang. Terutama Wizanie. Faizi pun dah tinggi. dulu aku tengok ketot aje. And muka diorang adalah nampak matang sikit~ And Nazmi pakai songkok pulak sekarang. Agaknya dia tidur lagi tak dalam kelas sekarang? :')

Huhuhu... Rindunya dengan sekolah rendah. Dengan kawan-kawan bila susah dan senang, dengan classmates yang kepoh tahap gaban. Ahh! Rindunyeeeee~

Dato' bagi 100 ringgit. Woohoo! And Nani kata, time cuti seminggu nanti, masa hari Khamis, nani ajak gi KFC Giant . Aku nak sesangat! But there's a problem. It's about my mom. Muehehe. rasanya dia bagi tak ha? Haritu pun mak aku kata dah takleh pergi dah sebab diorang tak menepati janji. tapi, nani dah kata dia nak jemput aku. Yes ! :D Ya Allah, harap laa mak aku kasi. Amin~

The Incomplete 5Sekawan :)



Kbye. Assalamualaikum. :D

Aku Bukan Batak Hot Lah der~

Assalamualaikum .

Entri kali ni, aku nak melepaskan kekecewaan aku and kegeraman aku.Tu yang serious sikit nih :D
Okay, back kepada mood serious. Aku sakit hati + kecwa . And dah dua kali aku nangis pasal benda alah ni.

It's about me.

Diorang banyak sakit hati and selalu tak puas hati dengan aku. sebab? Aku kurang ajar. Only for that reason. Aku ok lah jugak kalau siapa yang cakap aku kurang ajar ada reason. But certain daripada kelompok yang benci aku tu taktau kenapa. Tak ke sakit hati? Diorang hukum tanpa mengenali aku pun. Aku dah tanya ramai kengkawan aku yang aku ni kuang ajar ke? biadap sangat ke? Diorang kata "Hah? Kau okay je."

Tolonglah faham. Aku tak suka duduk kat asrama dalam keadaan macam ni. Tak boleh ke kita takyah nak berdengki sangat? Please. Biarlaa aku hidup kat asrama tu dengan tenang untuk 5 tahun aje. PLEASE.
And Kak Anis cakap yang aku hot. Hot sebab? Aku kurang ajar. menyighap lak aih.



                  SUMPAH. DEMI ALLAH

Aku TAK NAK pun jadi kurang ajar. And kalau ada yang aku terlanggar and terlupa nak cakap MAAF, aku mintak maaf  x 100000000000000000000 kat korang. Ikhlas dari hati aku. And kalau disebabkan muka aku yang dagu ke depan ni membuatkan aku nampak sombong ke hape, aku mintak maaf jugak. And kalau aku liat nak senyum kat korang. Sorry gila. Okay? And bila korang benci-benci aku, ngumpat-ngumpat aku, it make me SO SAD. Dah dua kali aku bazirkan air mata aku pasal korang. Okay, and aku akan berdiam diri je lepas ni. Lantak korang laa nak buat apa. okay?




                            There's nothing or nobody,
                            Can affect me
                            Negatively.   :')

Saturday, 16 February 2013

Nak balik dah :'(

Assalamualikum korang :'(

Huwaa ! esok dah kena balik hostel. Aku tinggalkan post ni siap-siap sebab esok for sure tak sempat nak online. Dah laa balik pukul 12. Sampai sana 12.30. Awalnya~ Sebab mak ngan abah nak hantar along gi Terminal pulak. Huhuhu :'(

Okay, dalam post ni, aku nak ucapkan terima kasih GILA GILA SANGAT SANGAT. Sebab? Dia bagi semua yang aku nak. Kek Coklat, Kenny Rogers, and sekarang kat dalam oven tu , kek Cheese. Muehehehe. Pastu, aku mintak kasut sukan. Ini keperluan ye. Bukan kemahuan. Kasut suka cap Giant tu tapak dia nipis. Lari 1 km dah panas kakiku ini. :/ So, aku mintakla ngan mak an? Hehehe. Mak mulanya tak bagi. Katanya membazir , mana ade ? :D

Pastu, masa makan Kenny Rogers kat Juco tadi, mak ajak jugak aku pergi kedai Bata. Banyak kasut Nike yang lawa -lawa + funky :D Tapi harga pun LAWA lah jugak kan? 200. Ada yang 300. Fuhh~ Namun, ada jugak kasut yang murah tapi lawa. Mak bagi bajet bawah 70. Kasut tu kaler hitam + turquouise  . Lawa ! 65 ringgit. Weehee ~ :D Aku pun beli lah tu. Thanks mak. Ilebiuu :*

Folio aku pun dah siap. Dan ia sangat cantik. Ni semua jasa mak ngan along sebab tolong aku buat folio ni. Daripada folio first-first aku buat yang layak dibaling kat tong sampah, kepada folio yang aku rasa sensei nak jugaklah belek tengok isi dalamnya. Thankyou kali sejuta untuk mereka. :')

Okaylah. Bye. Ada khabar-khabar menyatakan *ececeh* yang lepas balik esok ni, dah takleh balik rumah 5 minggu. Huhuhu.. Tengok-tengok balik rumah nanti, Qasih dah tak ingat aku. :'( *gebang gila* Kuikuikui. For Ecah, nanti aku tengok balik eh kalendar aku XD Insyaallah aku datang kenduri kahwin abang kau bulan 4 ek? :D

Kbye. assalmualaikum. Thanks for reading this post :D

Friday, 15 February 2013

Bila Rambut Aku Nak Panjang ? T_T

So, assalamualaikum and hi korang :D

Actually aku tak tau apa tujuan aku buat post pasal ni. Jemuahahaha. Bosan laa. Lagipun esok nak balik hostel dah. Takleh post meraban-raban lagi. Member kata lepas balik hostel ni, dah tak balik 5 minggu . T_T Sedihnya~

Tanpa membuang masa lagi, aku nak cerita pasal rambut aku. FYI, rambut aku ni jenis lembab nak tumbuh. Ingat lagi time sekolah rendah dulu. Kalau nak tukar baju masa rehat sebab ada PJ (Pendidikan Jasmani. Ala.. Yang sukan-sukan tu~ ) selalu jeles ngan Nani, Ct sebab rambut diorang panjang. Rambut aku? Kalau bulan 3 potong rambut paras bahu, bulan 5 nampak perubahan sikit aje. T_T Yang cepat tumbuh kat badan aku adalah KUKU. harini kuku pendek, 3 hari lepas tu mula dah nak panjang. -.-

Kalau gi jalan-jalan, nampak pompuan cina rambut cantik je, dalam hati timbul niat jahat nak kerat rambut dia biar dia botak, tampal kat kepala aku. Pihihihi 3:D

The same thing jadi kat aku *the brilliant idea aku tu* bila tengok movie inggeris. Tengok rambut heroin cerita Click, ades~ Cantik gila rambut dia. Aku nak jugak buat kepang kat rambut.. *bapak sedih hidup aku*, buat rambut beralun-alun tu.. Huargh! bestnya ! *sakai*

Contohnya gini :

See ? teringinnya nak ada rambut panjang ! Boleh buat macam-macam style *kat rumah je laa* Nak buat rambut gaya 1,3 and 4. 2 ngan 5 tu dah biasa. Ececeh~

Semalam aku try buat yang kepang menggunakan ramut aku yang tak berapa nak panjang. Buruk gila ! Uhuhuhu. 

The conclusion of the merepek entry is,
Rambut Aku Pendek. Muahahaha
Kbye

Thursday, 14 February 2013

The Irritating Normah :(

Hai and assalamualaikum korang :)

So, today I wanna share with y'alls *annoying sehh* about acik guard sekolah lama aku hyang sangat menjengkelkan ! Begini ceriteranya ....

Ecah dah plan nak pergi lawat sekolah since kitorang still cuti and SKTTJ sekolah time tu *padan muke* . Mulanya aku memang dah agak yang mak takkan kasi aku pergi... Biasa lah mak kan.. Mana pernah lagi aku hangout kengkawan kut~

Aku dah bagitau siap-siap kat ecah yang aku rasa aku takleh pergi. Pastu malam semalam baru aku tanya mak aku. "Mak, kengkawan nak lawat sekolah esok? Nak pergi jugak?" pastu mak aku kata  "suka hati laa." I can't believe it ! Mak aku kasi ! Yahoooooooooooo!

Aku pun dengan riangnya text Ecah kata aku dapat pergi esok. Dan aku tidur dengan senang hati~ *pulak*

Pada keesokan harinya ~

Aku bangun dengan riang. Bangun awal kau. Kau hader ? :/ Pastu, dah pilih baju apa nak pakai semua, aku pun mandi, makan dan bersiap. Semangat nih ! dah plan nak jumpa Cikgu Rohaya, Cikgu Rozi, Idlan *eh?*, pastu nak lawat keliling sekolah. Dah siap apa semua, mak hantar along gi rumah kawan dia kat S2. dah hantar dia, hantar laa aku pulak kan? Dah sampai sekolah tu, Nanie ngan Ecah belum sampai lagi. Masa sampai tu aku nampak sekumpulan perempuan. Aku yakin tu Nini, Mina ngan geng dia. Tapi aku tengok Cku asri ada sekali. pastu diorang masuk sekolah. yang Nanie ngan Ecah tak sampai lagi. mak aku dah bebel panjang-panjang kat depan tu. Kesian aku :'( Mak siap cakap "Ni last time ibu kasi kau keluar ngan kengkawan kau. Lepas ni takde dah. Memang ibu takkan bagi kau kluar lagi." Huwaa!!! Sedih betul ! Time tu barulah diorang terkedek-kedek memunculkan diri mereka yang comel *pulak* Pastu mak aku stop membebel *alhamdulillah* . Aku salam mak aku, terus pergi kat diorang. hehehehe. tak sanggup dah nak dengar. kuikuikui.

Pastu dah babai apa semua, kitorang pergilah kat guard house nya tu. pastu nampak acik Normah. dia tanya kitorang dengan muka bajet bagus dia tu " Ni apa masalah kamu ni?" Dengan bercekak pinggang pulak. Eleh. Ingat bagus sangat la tu ?  Aku ngan Nanie serentak cakap. "Nak jumpa cikgu."  Pastu acik Normah kata. " Tadi grup ngan cikgu Asri dah pergi. Kamu melepas . Minta maaf." Dia kata camtu. Means tak bagi laa tu -.- . Menyighap je aku dengar. Kitorang kena halau? Nak jumpa cikgu pun tak boleh? What the hell? Akak-akak tahun lepas boleh pulak mencemar duli nak sebok-sebok melawat sekolah asal kitorang takleh? *hentak meja* Pastu, mak call. Rupanya dia stalk kitorang lepas ambik angah tuisyen T_T. Dia ajak Nanie ngan Ecah gi rumah instead of masuk sekolah dan melawat~

So, trip ke sekolah telah bertukar ke trip ke Rumah Echot. Muahaha. Ecah pernah pegi rumah aku. Tapi tak pernah masuk dalam dan discover rumah aku *ececeh* Aku goreng fries untuk diorang. gelabah betul masa tu sebab fries meletup dengan ganasnya~ Pastu Ecah dah balik sebelum waktunya. Akaks dia nak gi Giant. Sempat lah jugak dia ambik gambar . nak tengok? boleh aje. :D


Tudung aku spoil~ Ecah takde. Dia yang tangkap gambar. :D

Comel tak? Comel tak? Actually aku takut dengan henfon aku tu. o.O

Hmm.. Actually, boleh dikatakan 90% ibubapa dan pelajar tak suka dengan Normah tu. Dah lah strict yang meraban-raban, senyuman tu pulak macam sejuta ringgit aje harganya! Tak pernah laa nak senyum. Sakit hati betul. mak aku pun tak suka dia. *yeay !* 

Normah, The Irritating and Annoying Guard Ever !

Puiiii! Bye. Assalamualaikum. :)


Tuesday, 12 February 2013

Go Kart was AWESOME!

Assalamualaikum semua~

Today, iolls nak cerita pasai semalam. Actually aku nak update cerita ni semalam JUGAK, tapi rasa malas ^^'. hehe.

So, semalam. Aku with da family pergi Selangor. Aim? Pergi pantainya. kat mana tah. Sebab masa perjalanan tu, aku tidur menganga kat belakang. muahahaha.

Memula, kitorang dah sampai tu, kitorang jenjalan di persisiran pantai yang indah *tuihh* Kitorang makan aiskrim *asal aku citer benda yang tak penting ni? Hikhok* Time tu, aku taktau apa function kitorang pergi pantai masa tu sebab ianya sangat membosankan. Just ambik-ambik gambar aje -.-

Pastu, lepas sembahyang Asar kat hotel dengan rasa selambanya sebab kitorang tak tidur pun kat hotel tu. hikhok. Then, kitorang pergi dekat Extreme Park. Kat sana , kitorang plan nak main Go Kart, paintball ngan memanah. Jap jap, korang tau tak Go Kart tu menatang apa? Aku rasa semua tau ni. But, untuk sesiapa yang masih tak tau, go Kart means, yang macam kereta F1 tu. Faham tak? faham tak? Tapi dia bukan perlumbaan yang sebenar. ni nak merasa je. Biar ada experience aje.Okay? Get it? Bagus ! tepuk tangan cikit ! *clapclap*. Ok , jom sambung cerita. Kitorang beratur untuk Go Kart tu punyalah lama kau ! Berjanggut aku tunggu. *tapi dah cukur dah* Sejam lebih jugak. Ini fakta. Bukan auta ya?

Akhirnya, penantian kami berakhir. Masa kitorang duk tunggu tu, abah ngan mak dok bagi nasihat non-stop kat aku. Since aku ni seorang yang gelabah nenek, suka kalut, so ayah aku membebel macam-macam "kau jangan kalut-kalut kat situ. Kalau kereta tu tetiba stop, jangan gelabah, bla.. blaa.. blaaa... "
Aku pun, macam "Teruk sangat ke aku ni?' ececeh. Touching sikit aje.

Dah sampai masanya tu, aku pun ambik laa tempat aku.  Dengan berkobar-kobarnya, *eleleh* aku pun masuklah kat dalam ruang nak memandunya tu. Hewhew, teruja ! Pastu aku nak pakai helmet.  Tapi tak jumpa mana nak clipkannya tu. Last-last, bangla yang jaga kat situ yang pakaikan helmet untuk aku. sweet tak kami? Bhahaha. :D

Sumpah aku cakap. Best gila nak mati benda tu ! *okay over* Siyes ! Aku naik benda tu, laju gila aku bawak. Woohoo! It's just so fun even aku dah beberapa kali terlanggar divider nya. Ah, kita persetankan semua tu. Hewhew. Tapi time aku pecut je, tudung aku. Alahai~ menggerbang0gerbang. takde rupa tudung dah aku rasa. kesah apa aku?

Hehe. Pastu kitorang main paintball. Tak adventure sangat. time memanah, aku agak fedap. Memula tu haruslaa tak melekat pun kan, pastu dah improve, lekat kat putih. Pastu dah merewang-rewang dah panah nya tu. Kuikuikui. But seriously aku cakap, Go Kart sangat cool ! Try la !

Ok bye. Jemuahahahaha *evil laugh* 3:D

Saturday, 9 February 2013

Hoore !

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh korang ~

    Pada 9 haribulan 2 2013 bersamaan dengan harini, Saya, Aisyah Affendi bersama Pn. Nazriyah selaku ibu tercinta saya, dengan dua akak saya yang annoying pergi Mid Valley naik KTM ! woohoo! dah lama tak naik KTM *jakun* Ehehehe. Kitorang pergio tanpa bapaknya. Kira Girls' Day Out laa ni :D. Best. Bajet diberi setiap seorang 50 henget. Hek. Aku beli jam yang berharga 49 ringgit dan setelah ditolak disebabkan diskaun berapa peratus entah, aku bayar dengan harga RM31.00 sahaja. *puii ayat!* Yeay ! Kaler hitam. Mengikut syarat jam tangan yang boleh dipakai kat SEMESRA.  Boleh kaler hitam atau silver SAJA. What the ? APTB betul. Aku baru ingat nak beli kaler merah ke, putih ke~ Alih-alih, kaler tu aje yang lepas. So, aku beli laa kan? kan? Jam tu simple but cantik ! :D hewhew. pastu, tinggal 18 ringgit je tinggal. Baju-baju kat sana dah laa lawa belaka. Gila aku tengok baju-bajunya. Kaler-kaler pastel :D Tapi, mahal gila nak mampuih ! Duit ada 18 ringgit aje :( Sad.  Pastu kitorang pi makan Mcd sebab lapar gila.  Dah kenyang tu, pergi cari baju mak. mak nak beli blaus. Dia beli blaus yang sangat comel kaler pic keoren-orenan. Faham tak? Faham tak? Hekhek. Serious jeles. Aku hanya mampu memandang dengan rasa cemburu tahap normal. ececeh~ Then, kitorang gi MPH. Aku beli kalkulator, test pad, nota graf, folio dan semua benda yang berkaitan dengan homework dan keperluan sekolah. Dan aku nak ucapkan terima kasih x 150 juta kat PiLong sebab belanja kitorang pakai baucer buku dia. XOXO Along ! Hehe. Pastu sebelum balik, kitorang beli durian crepe dekat kiosk 'Durian Durian' Sebab mak dah lama ngidam mende tu. Aku pun actually :D Sebab ramai orang kata "eh, sedaplah durian crepe. Nyum ! Nyum" So, mak aku nak try laa benda tu. Mak aku dah makan dah pun. Aku belum. Kenyang + malas nak pi dapur :D Hikhok. Mak kata sedap tapi lugu . Seriously, aku rasa bersalah dengan perut aku. Sungguh banyak makanan yang berlemak telah masuk ke dalam perut ke yang slim ni *lah sangat~* Roti canai ,  prosperity daging + air milo + kentang twist tu , McFulury (Macam ni eh ejanya?) , pavlova , maggi. banyak kan? Semuanya tak berkhasiat. Muehehehe. Durian crepe, kita sambung esok ! :D Okay, tu aje lah saya nak kongsi dengan awak-awak semua. Bye.

p/s: Mintak maap sesangat sebab entri ni membosankan. Aku dah lama tak menulis. Takdak idea. Maaf sekali lagi. Assalamualaikum. :D

Thursday, 24 January 2013

Jyeah !!!!!!!!!!!

Assalamualaikum korang !

Setelah 3 minggu aku meninggalkan blog ni, dah bersawang dah pun. Baru habis kemas blog ni. (Pulak~) So, seriously aku rindu gila gaban nak blogging ! Hikhokk. Okay, harini den nak cito pasai sekolah den. SEMESRA. Awesome gila sekolah tu ! Kitorang orientasi dua minggu. Ianya sungguh memenatkan tapi sangat hebat ! Kitorang duduk kat dorm ikut rumah sukan . There are 4 (Eceh, bajet speaking) rumah. Johan Pahlawan (Hijau) , Akhirul Zaman (Merah) , Lela Maharaja (Kuning) and Kelana Petra (Biru). Aku rumah Johan Pahlawan ! :D  I love Pahlawan, deep down in my heart. I love Pahlawan, deep down in my heart. Jyeah! Senior-senior kat situ baik ! Takde pun kes buli dan sebagainya . :D Masa orientasi tu kitorang buat macam-macam aktviti. Syok habis ! Walaupun penatnya hanya Allah yang mengetahui. Tapi bila dah start belajar ni , rindu sangat nak orientasi balik. Serious ! Cakap pasal homesick. Hmmm *urut dagu* ... Aku nangis sekali je beb ! Hebak daebak an? Ececeh. Bangga ni. Orang lain semua nangis hari-hari (bukan semua) . Yang lagi aku kesian tu, ada yang dari Kelantan... Ganu pun. Kesian doh..  Nangis - nangis diorang . Sabar ea kawan? Nanti jumpa gak. Hewhew. Kitorang dorm bukan satu dorm tu form 1 je semua. Kitorang campur Form 1 sampai Form 5. Hebat ! Kena bergaul la. Dalam dorm aku ada dua je form 1. Den ngan Fazira. Akak akak dorm semua baik. Just tak kenal ngan lebih mendalam. So, kat dalam dorm tu.. Agak pendiam sikit laa. Kat luar becok balik.nama akak -akak dorm aku : Kak Siza (Ketua Dorm) Kak Qama , Kak Opie , Kak Ain , Kak Airene (Dia je orang asli kiat situ. Hebat kan?) ,  Kak Zihan , Kak Wan , Kak Wani and Kak Anis. Diorang baik. Setakat ni aku cuma baik ngan Kak Wani. Dia comel. Muka dia macam kucing. Hihi. Banyak aku membebel kat dia. Hehehe. Aku dah ada kawan kat sana. Syira, Nabilah, Keron, Jes, Balqis, Rahilah, Anisah. Semua JP. Muehehehe. Aku kelas 1 Einstein iaitu kelas terakhir. Huhuhu. Meskipun cikgu kata takde beza pun kelas kelas tu. Semua pandai, bukan kelas terakhir or whatever, aku tetap rasa bodoh :( Tsskk Tskk :'(  Oh, by the way, aku masuk Bahasa Jerman ! Dia ada belajar bahasa antarabangsa tau.. Ada 3. Jerman, Jepun and Arab. Aku memang nak Jerman. Kalau Jepun, kita kena belajar 3 bahasa dalam bahasa Jepun tu. Jerman senang~ Dan best ! Kitorang dah belajar. And you know what? Dalam notebook aku tu dah tulis biodata azam apa semua. And salah satu daripada azam aku tu camni .

                              Nak jadikan Geo ngan Sejarah as easy as ABC !

Haram. Masa Sensei mula nak bermuqaddimah pasal Sejarah, aku dah tidur dengan comelnya kat dalam kelas tu. Jemuahahaha. Aku ada dua sebab. Iaitu, pertama, cikgu tu membosankan. Dia mengajar tak interesting. Langsung. Dan ianya membuatkan mata aku ni tertutup dengan mudahnya. Dan yang kedua. Tak cukup tidur !!!! Aku tidur empat jam aje. Helo? mana lag empat jam tu pergi? Jawapannya prep, basuh and gosok baju. Huhuhu. Penatlaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tapi aku akan sesuaikan diri laa. Sebab rugi kalau keluar dari sekolah tu. Minggu lepas an, kitorang buat penutupan orientasi. Kena buat persembahan. JP buat Bollywood, Asmaradana, Nero ngan Sorry SuJu. Aku masuk Bollywood bhai ! Lagu oli choriya tu. Aduhai~ Aku tengok balik videonya. Gedik habis ! Bukan aku yang nak tergedik-gedik kat situ. Akak Balqis (trainer menari kitoghang) yang suruh. Huhuh. Pastu pakai baju orang india pulak tu. Tapi pakai tudung laa. JP dapat no 3. No satu KP. Dua LM. Keempat AZ. Hehehe. Kesimpulannya. SEMESRA AWESOME!

Kbye

Saturday, 5 January 2013

Sobb Sobb :'(

Assalamualaikum korang.. *nada tak bersemangat* Ececeh..

Harini hari last aku ada kat rumah. Dan hari ni jugak lah aku last blogging. Semua disebabkan asrama ! (Asrama dipersalahkan) Uhuhuhu.. Sedih pulak...  Semalam aku ngan family pergi Jusco makan Kenny Rogers... Sebenarnya dah lama aku ngidam makan Kenny Rogers ni... Masa dapat 5A haritu, mintak kat abah. Abah sibuk pulak :( Makan Kepci je~ Pastu masa along balik, try pergi Jusco nak makan Kenny Rogers jugak.. Masa tu pun aku mintak :D Time tu pekerja kat situ kata yang ayam belum masak.. Ianya mengambil masa selama 40 minit.. Huwaaa! Orang dah laa lapar masa tu! Takguna! Then makan Mcd aje.. Sedih aku. Pastu semalam mak ayah aku bawak pergi situ and Alhamdulillah ada ~ :D Sedap! Rasa terharu pulak makbapak aku buat camtu. Thankyou mak, abah... Ailapyu :* Hehe. Malam kang dah takleh online dah (Agaknya) sebab sibuk nak check the presence of bembarang aku.. Hikhik. Ecah kata nak oniline... Aku nak chat dengan dia kali terakhir... Hikhok. Aku malu nak chat dengan Nanie (Ek? Motip Echot? Motip) Heee.. Entahlaaa.. Untuk Nanie, Bye ! Semoga kau tak lupa aku. Aku doakan kau masuk MRSM. Kau macam taksuka aje sekolah kat SeMse tu. Tak mengapaaaa..  Ehehehe. Korang nak tau tak? Kawan mak aku cakap an an an, SEMESRA tu, dia bagi pelajar balik rumah sebulan sekali aje. Ye ke? Kalau ya, mesti boring gila asik duk kat asrama aje. Haritu aku dah tengok sekolah tu. Tak ada apa pun kat depan sekolah tu. Sadis. Oh lupa, sebelum aku nak say Goodbye, aku nak promote satu benda. Ni gambarnyaaa


Ni dia! Nivea Black And White Invisible. Ni deodorant jenis spray. Kalau kita pakai baju sekolah kan biasanya dah remaja ni jadi kaler kuning kan, spray ni mengurangkan dan menghilangkan benda tu ! Kalau pakai baju hitam pulak. Kat ketiak tu tak ada kaler putih! Bagus! Aku pakai ni laa!

Okbye.

Friday, 4 January 2013

Ada Sesiapa Benci Aku?

Hai Assalamualaikum :D
Hey y'alls, nak tau tak satu story yang baru keluar dari oven. Panas gila nih! Pagi tadi, masa aku bangun pagi, someone call aku. Hehe. Time tu tengah mamai. Pastu aku jawab laa. Dengan suara romantisnya aku cakap " Helo." . Bukan aku yang paksa suara tu keluar.Baru bangun tidur kan~ Pastu yang di sana tu diam kejap. Then dia merepek "helohelohelohelohelohelo" Actually aku tak faham sangat apa yang dia merepek tu. Suara dia pun aku tak cam jantan ke betina (Amboih!) Pastu aku malas nak layan sebab dia tak habis-habis agi meroyan, aku end call. Malas nak dengar kemerepekan dia tu (Faham, kan?) Pastu aku macam nak tidur baik MACAM aje ea? Tapi dia ganggu aku balik. Dia tak call aku dia mesej. Memula aku memang dah syak mesti dia yang mesej. And memang betul pun. Tahu apa yang ditaipnya itu? Ni hah.

                                           " Aishah babi setan gilo"

Kurang ajar gila nak mampos kan? Alah, dah laa eja nama aku salah. Hei , kau nampak muka aku ni macam babi ke? Even though aku sedar hidung aku tak mancung persis Nanie, takdelah macam Babi. Kuang ajar gila! Hei jantan/betina, kau jaga sikit tangan kau yang gatal nak hina aku cenggitu. Apa kau ingat kau tu malaikat? Grrr -.- Aku cerita kat mak aku. Mak aku kata " Mesti ada laa kawan kau yang dengki kau dapat SBP." Hmmm... Aku tak rasa macam tu pun. Alah, kalau macamtu pun, pergilah cakap macamtu kat Farah , Puteri , Maisarah and yang lain yang dapat SBP tu. Kenapa mesti aku? Hah? Kenapa mesti aku? Eh, emotional dah minah ni. Aku rasa lelaki. Aku RASA ya. RASA. Taktau laa. Macam mana laa si jantan/betina tu dapat no. aku? Aku ngan Ecah suspek someone. Lelaki. Tapi, takleh laa nak tuduh melulu. Kan? kesian pulak dia kalau aku memarah dia. tapi dia tak tau apapun.

Aku ada musuh kah? Setahu aku, aku tak pernah ada musuh. just macam tak suka aje laa kalau ada yang gedik tu ke.. Takde lah sampai maki hamun gitu.  Haihh . Tabah aje laa.

Especially to jantan/betina yang kacau aku masa aku beradu, aku tak kesah LANGSUNG laaaa.. Maleh den nak layan kau yang cakap aku setan sedangkan kau yang setan. Kay? faham? Bye. Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Peace!



Thursday, 3 January 2013

Berangkat-angkat ?

Hai Assalamualaikum korang~

So, Alhamdulillah kita masih bernafas di muka bumi Allah harini. (Ahaks, dah macam ostazah dah ) . Aku lagi 2 hari jeh kat rumah ni sebelum berangkat ke SM Sains Rembau. Uhuhuhu... Ok, apa kena-mengena tajuk atas ni? Okay, harini aku nak cakap pasal isu angkat-berangkat ni. Ewah. Angkat berangkat ni means macam akak angkat, abang angkat, adik angkat, atok angkat, moyang angkat and macam-macam lagilah! Dulu time aku darjah 5, ada seorang budak pompuan ni mintak aku jadi akak angkat dia. Tapi aku tolak. Aku bagi alasan tahun depan UPSR. Hikhok. Jahat tak aku? Bukan apa, macam tak best je ada adik angkat perempuan. Uhuk! And, tahun lepas pun aku ada adik angkat. Lan (bukan nama sebenar :D) . Aku bukan nak jadikan dia adik ankat pun sebenarnya. Aku just kalau lalu dekat-dekat ngan dia masa Nani ada, aku kata kat Nani "We, comel kan budak ni?)" Ehek, Lan terdengar pulak. Dia memang comel pun. Putih , tapi pendek. Cute! Pastu satu hari tu, ada seorang member aku tu memandai pi kata kat Lan yang aku nak dia jadi adik angkat aku. Aku taknak. Aku just adore dengan kecomelan dia tu. Taknak jadi akak angkat dia. Pastu satu haritu, Kawan dia , Cupi (Bukan nama sebenar jugak) IM ngan aku kat facebook . Dia kata yang Lan setuju nak jadi adik angkat aku. And I'm like "Seriously?" Hakhak. Dia nak jadi adik angkat kepada aku yang huduh lagi Momon ni? Aku ingat cupi tu membongak. Then esok nya tu aku pi jumpa Lan kat belakang kantin since dia bertugas kat situ. (Dia ni pengawas.) Aku pi sana dengan kawan aku ni. Aku panggil la dia. "Lan, meh sini jap." Dia pun dengan comelnya datang kat aku. Hewhew :3 Aku tanya laa dia betul ke yang Cupi kata dia nak jadi adik angkat aku. Dia kata nak. Oh, masa tu aku rasa happy gila nak mampus! Woohoo! Aku taktau laa motip aku nak gembira sangat. Aku bukannya nak pun. Tapi aku ok je laa. Takde laa aku nak kata tak jadi sebab aku taknak.Kang menangis tak berlagu pulak budak tu (Ececeh, macam lah dia nak sangat dengan kau. Perasan !) Hehehe. Dan hari-hari seterusnya, dia tak pernah tegur aku. Asyik aku aje. Aku memula tabah jugak. Dah lelama tu, rasa macam apa maknanya kalau adik angkat tapi menyombong? Kan? Pastu aku suruh Faghah tanya dia masa dia bicara berirama. ( Lan pun masuk gak)  Aku suruh dia tanya kenapa dia nak kan? Then, masa aku tanya faghah masa balik tu, dia kata yang Lan kata "Dah dia mintak,aku ok je laa." Hmmm... Meskipun jawapan dia logik, tapi aku taknak jawapan macamtu. Orang cakaplaa yang aku ni comel ke... (Perasan) Lawa ke.. (Perasan lagi)..  Baik ke.. (perasan lagi lagi). Kan? So, aku dengan sifat kebudak- budakan nya masa tu aku ingat dia tak ikhlas. Ahaks.  Dedulu masa aku adore kat dia dulu tu, aku selalu kalau rehat turun tangga belakang. (Macam suka je?) . Miang tak aku? pastu dah lelama, aku maleh dah nak ikut situ lagi. Lambat aje. Pastu masa aku UPSR tu, hari pertama ke kedua ambik periksa, masa tu hari Rabu. Lan suruh kawan dia bagi kat aku. Masa tu aku baru balik beli air mangga kat depan sekolah. Entah sape tah dia kata camni. " Siapa nama dia Aisyah? " Tapi muka pandang aku. Durh :/ Dia kata "Nah . Aku jumpa kat bawah." Hek eleh. Aku tengok depan surat tu, kat sampul tu, dah tulis dah surat tu daripada Lan. Apa daaa~ Masa tu Farah dah kecoh dah suruh aku bukak and baca kat situ jugak. Tapi aku taknak. Aku nak baca sengsorang kat rumah. Esoknya baru aku bagi kat diorang . sampai rumah tanpa tukar baju, tanpa makan, tanpa buak tudung (Dramatik sehh~) Aku terus baca.  Dia bagi surat semangat kat aku.  Dia ucap goodluck kat aku . Dia kata " Kalau akak dapat 5a saya tumpang gembira dan kalau akak tidak mendapat 5a saya turut bersimpati. " Kahkahkah! Skema gila! Aduhai~ Dia kata kat aku " Akak jangan berkecil hati jika saya tidak bertegur sapa dengan akak kerana saya berasa malu untuk bercakap dengan akak." Huhuhu. Takpelah Lan. Akak maafkan. Oh lupa pulak. Dia kata kalau tak dapat 5a saya turut bersimpati tu kan, pastu dia kata " Lagipun PMR masih ada peluang lagi." Lan, tahun akak dah takde PMR lagi~ Haiihh -.- And lagi satu yang dia salah. Dia kata nama aku Nur Aisyah. Hei lan, nama akak NURUL AISYAH . Bukannya NUR AISYAH. Tu nama kawan akak dong~  Tak apalah. Aku ingat lagi pantun dua kerat daripada dia:
                                                 
  Semalam saya pergi zoo tengok buaya,
  Semoga akak berjaya.

                                                                    Daripada: Lan

Auw! he's so sweet! Macam gula-gula kapas. Sakit gigi aku (Eh, over pulak.) Rasa nak nangeh aje. Over bukan? Okay, dia ikhlas! hukhuk. Pastu esok aku bagi kengkawan aku baca.  Ramai yang kompelin tulisan buruk laa, PMR manade laa.. Tu la pasal. Alaa... Janji sweet~ And aku bagi mak aku, akaks aku baca. Diorang kata so sweet.. Kan? Kan? Mak aku kata tulisan dia lawa bagi seorang budak lelaki. . Mungkin kut. Sebab tulisan lelaki ni buruk! Maaf kaum Adam :D Hmm.. Tu aje lah pengalaman ada adik angkat aku. To me, kalau nak berangkat-angkat tu, ambiklaa yang membawa manfaat. Jangan kalau ada dia, peerangai kita jadi tak semenggah. Tau tak semenggah tu apa? Perangai yang teruk! Okay? Dan kalau ada hajat nak berangkat tu, janganlah menyombong, selalu mendoakan kejayaan dia. (ahak, macam aku pernah buat aje) Okay? Oh, sebelum terlupa. Tahun ni Lan pulak yang ambik UPSR. So, untuk Lan, UPSR kasi 5A ea? Akak dah dapat 5a. Sekarang Lan pulak.  Goodluck.
                                                         
   Indahnya bunga raya,
   Lan pun kena berjaya .

Haha! Buruknya pantun aku ! Okbye :D

What the ___ ?

Hai Assalamualaikum korang :)

Aku tak puas hati laa . Semalam SEMESRA hantar surat kat rumah aku. Senarai bembarang yang kena beli kat sekolah. Tau tak, jumlah kesemua bembarang yang perlu dibayar sampai 1000 lebih kau!  Pastu aku tengok laa surat tu. Dalam tu siap kena beli buku, makanan, dobi setahun, koperasi and blablabla.. :( Then , kalau siapa makbapak dia gaji kurang 5000, bayaran dia 800+ je. Yang parents dia gaji lebih , bayar mahal la~ Ayah aku suruh aku bayar yuran semua. Abah, orang takdak duit~ Camna nak bayaq?  Kesian bapak aku~ Jadi,hal itu telah memberi semangat waja kat aku (Ececeh..) untuk belajar bersungguh-sungguh! Yelaa, makbapak dah bayar yuran seribu lebih, kalau belajar sambil lewa je, baik masuk sekolah biasa. Kan? And you know what? Mak aku bagi aku masa 4 tahun untuk belajar habis-habisan dan SPM straight A. PMR dah takde edah untuk batch 2000. Sadd :'(. Apa pun, aku CUBA untuk memenuhi permintaan bonda tercinta ku . Ahaks :p So.... Korang dah tengok logo bakal sekolah aku tu? Ni dia~

Mak aku kata logo dia macam nanas. But, bagi aku, macam jagung ~ :D

Kbye. Assalamualiku. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang~ Tiru Maria Elena kejap. KEJAP je. By the way, dia dah kahwin. Masa bulan Disember haritu. Maria Elena & Asfirdaus. They're so cute together! Congrats !

Wednesday, 2 January 2013

Bosan lak aih~

Hai assalamualaikum korang~
So.. Actually aku taktau apa nak post. Tapi aku persetankan semua tu ! Eleh, takyah ar nak over . :/ Aku boring laa. Some of my friends dah sekolah. Tinggal aku, Puteri a.k.a Cik Kumis ngan Farah aje yang sekolah 7 haribulan ni. Apasal laa SBP bukak sekolah lambat babenor *hentak meja* ! Maisurah masuk sekolah esok. Haihh ~ And okaylah. Bye. And sorry cause entri kali ni ciput aje. Kbye :/

Tuesday, 1 January 2013

New Year At Melaka :D

Hai Assalamualaikum korang.

So.... Aku nak ucapkan Happy New Year walaupun lambat sehari :D bukan apa, aku sambut new year kat Melaka. So, nak ceritalah! Pada semalam, keluar encik Pendi pergi Melaka. Asalnya ingatkan nak pergi PD. Kat Lexis.. yang kat dalam bilik hotelnya tu ada kolam renang~ Since aku dah lama gila nak mampos tak berenang dah, aku nak sangat-sangat! Tapi, mak iany terlalu mahal dan tak worth. PD bukan ada apa pun -.-  So, aku pun ok je laa ngan Melaka. Best SANGAT! First day, kitorang pergi sana dan checkin hotel. Hotel Hatten. FYI, hotel tu bersebelahan aje dengan dataran Pahlawan. kitorang memang rancang nak tengok bunga api kat situ. :D Okay, sambung balik cerita. Dah checkin tu, sembahyang kat bilik, then ayah aku pi ambik Along kat stesen bas sebab dia datang dari Johor. Pastu, pergi Dataran Pahlawan. Makan kejap then shopping. Aku beli beg :D Beg BodyGlove. Kaler biru cair ngan pic. Ahaks XD Okay, over. Echot. Over~ Hah, nak citer satu kejadian ni. Tengah cari beg sekolah si Angah ni, Ada orang gila. Dia asik kacau kitoghang aje. Memula, dia selisih ngan kitorang dia kata kat Angah, " Ahaha. Bulat macam belon. Ahaha." Sampai jelir-jelir lidah. Kesian akak aku. Sabar ya Angah? Dugaan~ :D Then, aku time tu tengah cari Angah. Pastu aku katalah " Mana Angah ni? tak nampak pun." Sambil merengus. Pastu orang gila tu tetibe muncul. Terkezzzzzzzzzzzut aku. Dia kata . "Haaa, nampak tak,? Ni kepala botak ni.Hehehe. Haa, nampak tak?" Oh, lupa nak bagitau. Dia ni botak. Masa dia merepek tu, aku dah menyighap dah. Rasa macam nak tumbuk je muka dia tu. Senyap sikit. Memekak je. I hate him. I SUPER hate him. :( Okay. Stop citer pasal dia. Kita lajukan sampai malam pulak. Okay, aku pergi Mahkota parade pulak ngan family. Mak ngan Along beli pakaian kecil~ Aku beli kasut jalan kaler dust pink. Pastu kitorang pergi Dataran Pahlawan yang padang tu, kitorang duduk ramai-ramai. Sesak dah waktu tu. Banyak jugak laa artis yang tak berapa nak femes datang. Aida & Fina AF9, Fiq yang nyanyi lagu Menifestasi tu.  Pastu nak dekat countdown tu, Ketua Menteri Melaka pulak berucap.. Lamanya kemain! Boring mendengarnya! Pastu dah pukul 11.59 tu, kitorang semua berdiri. Then akak aku bisik, " Cuba tengok matsalleh kat belakang kita ni." Aku pun tengok laa. Hensemnya ya ampun!! Omputih tu pakai baju hijau. Malangnya, dia pergi depan . Tapi nampak jugak laa. Masa dia lalu tu, aku tengok aje. Ahaks (gelak gedik sikit) Hehehehe.Masa countdown tu, kitorang semua yang ada kat situ kira ramai-ramai.  Dah habis kira tu, lepas pengacara cakap "selamat tahun baru!" Bunga api! Cantik sangat! Tapi, leher ni, sakit laaa.  Happening gila! rasa macam semua orang bersatu malam tu. Ewah ayat! Pastu balik hotel, sembahyang, then, kitorang cerita balik pasal Omputih tu. Hewhew. Aduh, cair hatiku! :3 Hahaha. esoknya pulak, kitorang makan pagi kat hotel tu. Buffet. Banyak makanan dia. Then, pergi kat kolam renang sekejap. Nak mandi~ tapi aku tak bawak seluar tracksuit. So, takleh laaa. Just tangkap gambar aje.  Pastu kan, kitorang jalan pegi A Famosa. Tangkap-tangkap gambar. Sebab sebelum ni kalau pergi Melaka, we're just shop till we drop aje. Tapi kali ni, kitorang jelajah sekali! Then, tau tak? Kitorang naik beca Woohoo! It's just so fun!  Niat nak pergi Jonker Street. Tapi ianya dibuka pada hari Rabu till Jumaat aje. Best! Berapa kali kau nak? -.- Pastu, tiba masanya untuk kami blah dari hotel tercinta~ Lepas hantar Along ke Melaka Sentral, kitorang pergi Klebang sebab mak tengok kat internet, ramai orang kata kat situ Coconut shake dia ohsem! Pastu dah sampai, mak order 4 shakes. Makan nasi lemak. Sedap gak nasi lemak dia. . And memang betul! Shake kelapa dia SEDAP! Atas shake tu, dia letak aiskrim vanila. Nyum! Korang pergi laa. Aku promote ni. Kalau pergi Melaka tu, singgah laa jap kat situ. Heah? Okay. Enjoy gambar kay?
Kitorang kat Dataran Pahlawan. Pedulikan lelaki yang pakai baju oghen tu :/
Woohoo! Aku carry ayah aku. Susah jugak nak handle beca ni 
Me with mommeh. Peha aku yang besar tu kita pedulikan ea?

Okay, tu je la. Bye