Tuesday, 1 January 2013

New Year At Melaka :D

Hai Assalamualaikum korang.

So.... Aku nak ucapkan Happy New Year walaupun lambat sehari :D bukan apa, aku sambut new year kat Melaka. So, nak ceritalah! Pada semalam, keluar encik Pendi pergi Melaka. Asalnya ingatkan nak pergi PD. Kat Lexis.. yang kat dalam bilik hotelnya tu ada kolam renang~ Since aku dah lama gila nak mampos tak berenang dah, aku nak sangat-sangat! Tapi, mak iany terlalu mahal dan tak worth. PD bukan ada apa pun -.-  So, aku pun ok je laa ngan Melaka. Best SANGAT! First day, kitorang pergi sana dan checkin hotel. Hotel Hatten. FYI, hotel tu bersebelahan aje dengan dataran Pahlawan. kitorang memang rancang nak tengok bunga api kat situ. :D Okay, sambung balik cerita. Dah checkin tu, sembahyang kat bilik, then ayah aku pi ambik Along kat stesen bas sebab dia datang dari Johor. Pastu, pergi Dataran Pahlawan. Makan kejap then shopping. Aku beli beg :D Beg BodyGlove. Kaler biru cair ngan pic. Ahaks XD Okay, over. Echot. Over~ Hah, nak citer satu kejadian ni. Tengah cari beg sekolah si Angah ni, Ada orang gila. Dia asik kacau kitoghang aje. Memula, dia selisih ngan kitorang dia kata kat Angah, " Ahaha. Bulat macam belon. Ahaha." Sampai jelir-jelir lidah. Kesian akak aku. Sabar ya Angah? Dugaan~ :D Then, aku time tu tengah cari Angah. Pastu aku katalah " Mana Angah ni? tak nampak pun." Sambil merengus. Pastu orang gila tu tetibe muncul. Terkezzzzzzzzzzzut aku. Dia kata . "Haaa, nampak tak,? Ni kepala botak ni.Hehehe. Haa, nampak tak?" Oh, lupa nak bagitau. Dia ni botak. Masa dia merepek tu, aku dah menyighap dah. Rasa macam nak tumbuk je muka dia tu. Senyap sikit. Memekak je. I hate him. I SUPER hate him. :( Okay. Stop citer pasal dia. Kita lajukan sampai malam pulak. Okay, aku pergi Mahkota parade pulak ngan family. Mak ngan Along beli pakaian kecil~ Aku beli kasut jalan kaler dust pink. Pastu kitorang pergi Dataran Pahlawan yang padang tu, kitorang duduk ramai-ramai. Sesak dah waktu tu. Banyak jugak laa artis yang tak berapa nak femes datang. Aida & Fina AF9, Fiq yang nyanyi lagu Menifestasi tu.  Pastu nak dekat countdown tu, Ketua Menteri Melaka pulak berucap.. Lamanya kemain! Boring mendengarnya! Pastu dah pukul 11.59 tu, kitorang semua berdiri. Then akak aku bisik, " Cuba tengok matsalleh kat belakang kita ni." Aku pun tengok laa. Hensemnya ya ampun!! Omputih tu pakai baju hijau. Malangnya, dia pergi depan . Tapi nampak jugak laa. Masa dia lalu tu, aku tengok aje. Ahaks (gelak gedik sikit) Hehehehe.Masa countdown tu, kitorang semua yang ada kat situ kira ramai-ramai.  Dah habis kira tu, lepas pengacara cakap "selamat tahun baru!" Bunga api! Cantik sangat! Tapi, leher ni, sakit laaa.  Happening gila! rasa macam semua orang bersatu malam tu. Ewah ayat! Pastu balik hotel, sembahyang, then, kitorang cerita balik pasal Omputih tu. Hewhew. Aduh, cair hatiku! :3 Hahaha. esoknya pulak, kitorang makan pagi kat hotel tu. Buffet. Banyak makanan dia. Then, pergi kat kolam renang sekejap. Nak mandi~ tapi aku tak bawak seluar tracksuit. So, takleh laaa. Just tangkap gambar aje.  Pastu kan, kitorang jalan pegi A Famosa. Tangkap-tangkap gambar. Sebab sebelum ni kalau pergi Melaka, we're just shop till we drop aje. Tapi kali ni, kitorang jelajah sekali! Then, tau tak? Kitorang naik beca Woohoo! It's just so fun!  Niat nak pergi Jonker Street. Tapi ianya dibuka pada hari Rabu till Jumaat aje. Best! Berapa kali kau nak? -.- Pastu, tiba masanya untuk kami blah dari hotel tercinta~ Lepas hantar Along ke Melaka Sentral, kitorang pergi Klebang sebab mak tengok kat internet, ramai orang kata kat situ Coconut shake dia ohsem! Pastu dah sampai, mak order 4 shakes. Makan nasi lemak. Sedap gak nasi lemak dia. . And memang betul! Shake kelapa dia SEDAP! Atas shake tu, dia letak aiskrim vanila. Nyum! Korang pergi laa. Aku promote ni. Kalau pergi Melaka tu, singgah laa jap kat situ. Heah? Okay. Enjoy gambar kay?
Kitorang kat Dataran Pahlawan. Pedulikan lelaki yang pakai baju oghen tu :/
Woohoo! Aku carry ayah aku. Susah jugak nak handle beca ni 
Me with mommeh. Peha aku yang besar tu kita pedulikan ea?

Okay, tu je la. Bye




No comments:

Post a Comment