Saturday, 9 February 2013

Hoore !

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh korang ~

    Pada 9 haribulan 2 2013 bersamaan dengan harini, Saya, Aisyah Affendi bersama Pn. Nazriyah selaku ibu tercinta saya, dengan dua akak saya yang annoying pergi Mid Valley naik KTM ! woohoo! dah lama tak naik KTM *jakun* Ehehehe. Kitorang pergio tanpa bapaknya. Kira Girls' Day Out laa ni :D. Best. Bajet diberi setiap seorang 50 henget. Hek. Aku beli jam yang berharga 49 ringgit dan setelah ditolak disebabkan diskaun berapa peratus entah, aku bayar dengan harga RM31.00 sahaja. *puii ayat!* Yeay ! Kaler hitam. Mengikut syarat jam tangan yang boleh dipakai kat SEMESRA.  Boleh kaler hitam atau silver SAJA. What the ? APTB betul. Aku baru ingat nak beli kaler merah ke, putih ke~ Alih-alih, kaler tu aje yang lepas. So, aku beli laa kan? kan? Jam tu simple but cantik ! :D hewhew. pastu, tinggal 18 ringgit je tinggal. Baju-baju kat sana dah laa lawa belaka. Gila aku tengok baju-bajunya. Kaler-kaler pastel :D Tapi, mahal gila nak mampuih ! Duit ada 18 ringgit aje :( Sad.  Pastu kitorang pi makan Mcd sebab lapar gila.  Dah kenyang tu, pergi cari baju mak. mak nak beli blaus. Dia beli blaus yang sangat comel kaler pic keoren-orenan. Faham tak? Faham tak? Hekhek. Serious jeles. Aku hanya mampu memandang dengan rasa cemburu tahap normal. ececeh~ Then, kitorang gi MPH. Aku beli kalkulator, test pad, nota graf, folio dan semua benda yang berkaitan dengan homework dan keperluan sekolah. Dan aku nak ucapkan terima kasih x 150 juta kat PiLong sebab belanja kitorang pakai baucer buku dia. XOXO Along ! Hehe. Pastu sebelum balik, kitorang beli durian crepe dekat kiosk 'Durian Durian' Sebab mak dah lama ngidam mende tu. Aku pun actually :D Sebab ramai orang kata "eh, sedaplah durian crepe. Nyum ! Nyum" So, mak aku nak try laa benda tu. Mak aku dah makan dah pun. Aku belum. Kenyang + malas nak pi dapur :D Hikhok. Mak kata sedap tapi lugu . Seriously, aku rasa bersalah dengan perut aku. Sungguh banyak makanan yang berlemak telah masuk ke dalam perut ke yang slim ni *lah sangat~* Roti canai ,  prosperity daging + air milo + kentang twist tu , McFulury (Macam ni eh ejanya?) , pavlova , maggi. banyak kan? Semuanya tak berkhasiat. Muehehehe. Durian crepe, kita sambung esok ! :D Okay, tu aje lah saya nak kongsi dengan awak-awak semua. Bye.

p/s: Mintak maap sesangat sebab entri ni membosankan. Aku dah lama tak menulis. Takdak idea. Maaf sekali lagi. Assalamualaikum. :D

No comments:

Post a Comment